ASMAUL KHUSNA
وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا
Hanya milik
Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul
husna itu. (QS. Al- A’rof [7] : 180)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ
الْجَنَّةَ
Terjemahan
dari [Abu
Hurairah] dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
"Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Barang siapa
yang hafal, mengamalkan dan membenarkan, dan menjaganya akan masuk Surga."
(HR. TIRMIDZI)
MAKNA
ASMAUL KHUSNA
هُوَ اللَّهُ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمنُ الرَّحِيْمُ
HUWALLOHUL
LADZI LAA ILAAHA ILLA HUWAR ROKHMAANUR ROKHIIM
(Dia-lah Allah, Yang tiada tuhan selain Dia, Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang)
YAA
ALLAH....
1.
AR-RAKHMAAN: (الرحمن)
Maha Pengasih, iaitu pemberi
kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2.
AR-RAKHIM: (الرحيم)
Maha Penyayang, iaitu pemberi
kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3.
AL-MALIK : (الملك)
Maha Merajai/ Menguasai
/Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4.
AL-QUDDUS : (القدوس)
Maha Suci, iaitu tersuci dan
bersih dari segala cela dan kekurangan.
5.
AS-SALAAM : (السلام)
Maha Penyelamat, iaitu pemberi
keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6.
AL-MU’MIN : (المؤمن)
Maha Pengaman / Pemelihara
keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi
seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala
yang baik.
7.
AL-MUHAIMIN : (المحيمن)
Maha Pelindung/Penjaga / Maha
Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8.
AL-’AZIIZ : (العزيز)
Maha Mulia / Maha Berkuasa,
iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9.
AL-JABBAAR : (الجبار)
Maha Perkasa / Maha Kuat /
Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan
segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10.
AL-MUTAKABBIR : (المتكبر)
Maha Megah / Maha Pelengkap
Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat
keagungan dan kemegahanNya.
11.
AL-KHAALIQ : (الخالق)
Maha Pencipta, iaitu
mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12.
AL-BAARI’ : (البارئ)
Maha Pembuat / Maha Perancang
/ Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13.
AL-MUSHAWWIR : (المصور)
Maha Pembentuk / Maha
Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang
berbeda dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada
asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya
dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk
yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14.
AL-GHAFFAAR : (الغفار)
Maha Pengampun, banyak
pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15.
AL-QAHHAAR : (
القهار)
Maha Pemaksa, menggenggam
segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut
kehendakNya.
16.
AL-WAHHAAB : (الوهاب)
Maha Pemberi / Maha
Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17.
AR-RAZZAAQ : (الرزاق)
Maha Pengrezeki / Maha Pemberi
Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab
diperolehnya.
18.
AL-FATTAAH : (الفتاح)
Maha Membukakan / Maha Pembuka
, iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19.
AL-’ALIIM : (العليم)
Maha Mengetahui, iaitu
mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh
penglihatanNya.
20.
AL-QOOBIDH : (القابض)
Maha Pencabut / Maha Penyempit
Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau mempersempit nezeki bagi
siapa yang dikehendaki olehNya.
21.
AL-BAASITH : (الباسط)
Maha Meluaskan / Maha Pelapang
Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa
yang diinginkan olehNya.
22.
AI-KHOOFIDH : (الخافض)
Maha Menjatuhkan / Maha
Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya
dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan
dan seksaan.
23.
AR-ROOFI’ : (الرافع)
Maha Mengangkat / Maha
Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana
usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24.
AL-MU’IZ : (المعز)
Maha Menghormati / Memuliakan
/ Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh
pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25.
AL-MUDZIL : (المذل)
Maha Menghina / Pemberi
kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26.
AS-SAMII’ : (السميع) Maha
Mendengar.
27.
AL-BASHIIR : (
البصير) Maha Melihat.
28.
AL-HAKAM : (الحكم)
Maha Menghukum / Maha Mengadili,
iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat
menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi
kelangsungan hukumNya itu.
29.
AL-’ADL :(
العدل)
Maha Adil. Serta sangat
sempurna dalam keadilanNya itu.
30.
AL-LATHIIF : (اللطيف)
Maha Menghalusi / Maha Teliti
/ Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar,
pelik-pelik dan kecil-kecil.
31.
AL-KHOBIIR : (الخبير)
Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32.
AL-KHALIIM :(
الحليم)
Maha Penyabar / Maha Penyantun
/ Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak
pula gelojoh memberikan siksaan.
33.
AL-’ADZHIIM : (العظيم)
Maha Agung, iaitu mencapai
puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam
sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34.
AL-GHAFUUR : (الغفور)
Maha Pengampun, banyak
pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35.
ASY-SYAKUUR : (الشكور)
Maha Pembalas / Maha
Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36.
AL-’ALIY : (العلي)
Maha Tinggi Martabat-Nya /
Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang
tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat
difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37.
AL-KABIIR : (الكبير)
Maha Besar, yang kebesaranNya
tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38.
AL-HAFIDZ : (الحفيظ)
Maha Pemelihara Maha Pelindung
/ Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah.
Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan
disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39.
AL-MUQIIT : (المقيت)
Maha Pemberi kecukupan/ Maha
Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40.
AL-KHASIIB : (الحسيب)
Maha Penjamin / Maha Mencukupi
/ Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh
bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41.
AL-JALIIL :(
الجليل)
Maha Luhur, iaitu yang
memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42.
AL-KARIIM :(
الكريم)
Maha Pemurah, iaitu mulia
tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan
sesuatu pemberian.
43.
AR-RAQIIB : (الركيب)
Maha Peneliti / Maha Pengawas
Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan
mengawasinya.
44.
AL-MUJIIB : (المجيب)
Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa
padaNya.
45.
AL-WAASI’ :(
الواسع)
Maha Luas Pemberian-Nya ,
iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya
terhadap segala sesuatu.
46.
AL-HAKIIM : (الحكيم)
Maha Bijaksana, iaitu memiliki
kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam
membuat segala sesuatu.
47.
AL-WADUUD : (الودود)
Maha Pencinta / Maha
Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan
juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48.
AL-MAJIID : (المجيد)
Maha Mulia, iaitu yang
mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49.
AL-BA’ITSU : (الباعث)
Maha Membangkitkan, iaitu
membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan
orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari
Qiamat.
50.
ASY-SYAHIID : (الشهيد)
Maha Menyaksikan / Maha
Mengetahui keadaan semua makhluk.
51.
AL-HAQ : (الحق)
Maha Haq / Maha Benar yang
kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52.
AL-WAKIIL :(
الوكيل)
Maha Pentadbir / Maha Berserah
/ Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan
apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53.
AL-QAWIY :(
القوى)
Maha Kuat / Maha Memiliki
Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54.
AL-MATIIN : (المتين)
Maha Teguh / Maha Kukuh atau
Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah
sampai di puncaknya.
55.
AL-WALIY : (الولى)
Maha Melindungi, iaitu
melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya
yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada
keperluan mereka.
56.
AL-KHAMIID : ( الحميد)
Maha Terpuji, yang memang
sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57.
AL-MUKHSHII : (المحصى)
Maha Menghitung / Maha
Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua
amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58.
AL-MUBDI’ : (المبدئ)
Maha Memulai/Pemula / Maha
Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan
belum maujud.
59.
AL-MU’IID : (المعيد)
Maha Mengulangi / Maha
Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau
setelah rosaknya.
60.
AL-MUHYII : (المحي)
Maha Menghidupkan, iaitu
memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61.
AL-MUMIIT : (المميت)
Maha Mematikan, iaitu
mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62.
AL-HAYYU : (الحي)
Maha Hidup, iaitu sentiasa
kekal hidupNya itu.
63.
AL-QAYYUUM : (القيوم)
Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga
membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit
dan bumi ini.
64.
AL-WAAJID : (الواجد)
Maha Penemu / Maha Menemukan,
iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak
berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65.
AL-MAAJID : (الماجد)
Maha Mulia, (sama dengan no.
48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48
Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66.
AL-WAAHID : (الواحد) Maha
Esa.
67.
AL-AHAD : (الأحد) Maha Tunggal.
68.
ASH-SHAMAD : (الصمد)
Maha Diperlukan / Maha Diminta
/ Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu
ada hajat keperluan.
69.
AL-QOODIR : (القادر)
Maha Berkuasa/ Maha Kuasa /
Maha Berupaya
70.
AL-MUQTADIR : (المقتدر)
Maha Menentukan.
71.
AL-MUQADDIM : (المقدم)
Maha Mendahulukan / Maha
Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam
mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72.
AL-MUAKHKHIR: (المؤخر)
Maha Menangguhkan / Maha
Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan
sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73.
AL-AWWAL : (الأول)
Maha Pemulaan / Maha Pertama,
iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74.
AL-AAKHIR : (الآخر)
Maha Penghabisan / Yang Akhir,
iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75.
AZH-ZHAAHIR : (الظاهر)
Maha Zahir / Maha Nyata / Maha
Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti
dan tanda-tanda ciptaanNya
76.
AL-BAATHIN : (الباطن)
Maha Tersembunyi, iaitu tidak
dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77.
AL-WAALII : (الوالى)
Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam
segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78.
AL-MUTA’AALII : (المتعال) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala
kekurangan dan kerendahan.
79.
AL-BAR : (البار)
Maha Dermawan / Maha Bagus
(Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak
kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80.
AT-TAWWAAB : (التواب)
Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang
melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81.
AL-MUNTAQIM : (
المنتقم)
Maha Penyiksa / Yang Maha
Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh
siksaNya.
82.
AL-’AFUW : (العفو)
Maha Pemaaf / Yang Maha
Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf
padaNya.
83.
AR-ROUUF : (الرؤف)
Maha Pengasih / Maha
Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84.
AL-MAALIK UL MULKI : (المالك الملك)
Maha Pemilik Kekuasaan / Maha
Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang
berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta
itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85.
DZUL-JALAALI WAL IKRAAM : (ذوالجلال
والإكرام)
Maha Pemilik Keagungan dan
Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai
keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan
melimpah ruah.
86.
AL-MUQSITH : (المقسط)
Maha Mengadili / Maha Saksama,
iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan
orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87.
AL-JAAMI’ : (الجامع)
Maha Mengumpulkan / Maha
Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan
juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88.
AL-GHANIY : (الغنى)
Maha Kaya Raya / Maha Kaya
serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain
ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89.
AL-MUGHNII : (المغنى)
Maha Pemberi kekayaan / Maha
Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan
yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan
hamba-hambaNya.
90.
AL-MAANI’ : (المانع)
Maha Membela atau Maha Menolak
/ Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak
sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91.
ADH-DHOOR : (الضار)
Maha Mendatangkan Mudharat /
Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan rnenurunkan
seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92.
AN-NAAFI’ : (النافع)
Maha Pemberi Manfaat , iaitu
meratalah kebaikan yang dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
93.
AN-NUUR : (النور)
Maha Pemberi Cahaya / Maha
Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya
dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94.
AL-HAADI : (الهادى)
Maha Pemberi Petunjuk / Yang
Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala
sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95.
AL-BADII’ : (
البديع)
Maha Indah / Tiada Bandingan /
Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum
keluarnya ciptaanNya itu.
96.
AL-BAAQI : (الباقع)
Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97.
AL-WAARITS : (الوارث)
Maha Membahagi / Maha Mewarisi
/ Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98.
AR-RASYIID :(
الرشيد)
Maha Cendekiawan / Maha Pandai
/ Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu
memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya
itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan
kecendekiawanNya.
99.
ASH-SHABUUR: (الصبور)
Maha Penyabar yang tidak
tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu
sebelum masanya.